JENIS-JENIS PENDERAAN

Hai selamat datang



Apa itu Penderaan ?
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang yang bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2011. penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.

Penderaan Fizikal
Penderaan fizikal sebagai suatu fenomena sosial ditakrifkan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut. Definisi penderaan fizikal adalah sukar dan kompleks kerana pelbagai faktor yang terlibat dalam perlakuan seseorang kanak-kanak. 

Punca penderaan fizikal
  • Ramai ibu bapa yang menyalahgunakan dan mengabaikan mempunyai sedikit pendedahan kepada model dan sokongan ibu bapa yang positif.
  • Sering terdapat stress yang lebih besar dalam persekitaran keluarga.
  • Sering terdapat kekurangan kesedaran atau pemahaman tentang jangkaan yang sesuai dengan pembangunan.

Kesan penderaan fizikal
Kanak-kanak didera secara fizikal berisiko untuk masalah interpersonal kemudian yang melibatkan tingkah laku yang agresif dan remaja mempunyai risiko lebih besar untuk penyalahgunaan bahan. Di samping itu, kesusahan emosi dan idea bunuh diri juga merupakan ciri umum orang yang telah didera secara fizikal. kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan sejarah penderaan fizikal mungkin memenuhi kriteria DSM-IV-TR untuk gangguan tekanan pascatraumatik (PTSD). Sebanyak sepertiga kanak-kanak yang mengalami penderaan fizikal juga berisiko menjadi sengsara sebagai orang dewasa.
 


Contoh kes penderaan fizikal


Video Penderaan Fizikal


Penderaan Emosi 
Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. penderaan kanak-kanak berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual. Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan.

Punca Penderaan Emosi
  • Tekanan yang memuncak daripada rasa tidak puas hati, kemurungan yang tercetus kerana terlalu banyak masalah yang dilalui tanpa ada penyelesaian, tiada sokongan moral di samping percanggahan keperluan dan keinginan dengan persekitaran, mengakibatkan si pelaku yang normal melakukan jenayah.
  • "Ungkapan 'tergamaknya' mereka, kerana itulah satu-satunya jalan penyelesaian yang dilihat walau hakikatnya salah. di tambah pula apabila si pelaku ini mengenali rapat serta tahu kelemahan mangsa atau keluarga mangsa, maka ruang untuk melakukan jenayah adalah lenih besar.
Kesan Penderaan Emosi
  • Tekanan jiwa
  • Gangguan emosi dan mental
  • Kemurungan
  • Keresahan
  • Penyendirian
  • Pemarah
                             


Contoh Video Penderaan Emosi

Pengabaian

Akta Rawatan Pencegahan Penyalahgunaan Anak Persekutuan (CAPTA) mentakrifkan pengabaian secara sah sebagai "Apa-apa perbuatan atau kegagalan yang berlaku pada bahagian ibu bapa atau penjaga yang membayangkan risiko membahayakan kanak-kanak yang serius."

Undang-undang negara sering menentukan pengabaian sebagai kegagalan ibu bapa atau pengasuh untuk menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian, rawatan perubatan, atau pengawasan yang diperlukan untuk kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan kanak-kanak diancam dengan bahaya.

Sesetengah negeri termasuk pengecualian untuk menentukan pengabaian. Sebagai contoh, ibu bapa yang menolak rawatan perubatan tertentu untuk anak berdasarkan kepercayaan agama boleh diberikan pengecualian. Keadaan kewangan ibu bapa juga boleh dipertimbangkan.

Sebagai ibu bapa yang hidup dalam kemiskinan , misalnya, boleh berjuang untuk menyediakan anak-anak dengan makanan atau tempat tinggal yang mencukupi, mungkin tidak dianggap lalai jika keluarga memohon bantuan kewangan atau jika mereka melakukan yang terbaik dengan apa yang mereka miliki. 


Jenis Pengabaian

Pengabaian datang dalam beberapa bentuk yang berbeza. Berikut adalah jenis asas pengabaian :

  • Pengabaian perubatan - Menidakkan atau menangguhkan rawatan perubatan yang diperlukan atau disyorkan.
  • Pengawasan yang tidak mencukupi - Meninggalkan kanak-kanak yang tidak dapat menjaga dirinya sendiri di rumah sahaja, tidak melindungi kanak-kanak dari bahaya keselamatan, atau meninggalkan kanak-kanak dengan penjaga yang tidak mencukupi.
  • Kecuaian emosi - Mengekspos kanak-kanak kepada keganasan rumah tangga atau penyalahgunaan bahan, atau tidak memberikan sokongan kasih sayang atau emosi.
  • Kelalaian pendidikan - Gagal untuk mendaftarkan kanak-kanak di sekolah, membenarkan kanak-kanak berulang kali melangkau sekolah , atau mengabaikan keperluan pendidikan khas kanak-kanak. 
 

Penderaan Seksual
Penderaan seksual adalah apabila seorang kanak-kanak atau remaja digunakan untuk mencapai kepuasan seks. Kerap kali kanak-kanak atau remaja tidak faham akan situasi ini dan tidak dapat menghalang/mengelak daripada situasi tersebut. Penderaan seksual selalu berkait dengan salahguna kuasa, kepercayaan dan tanggungjawab oleh pendera.

Ia melibatkan kesemua aktiviti seks seperti:
  • Pendedahan kepada kelakuan yang tidak senonoh dan tidak sopan.
  • Pornografi
  • Sentuhan payudara, kemaluan dan melancap
  • Semua jenis hubungan seks termasuk seks oral, seks faraj dan seks dubur
Kesan Penderaan Seksual
  • kemurungan berpanjangan
  • sentiasa ketakutan apabila didekati
  • emosi tidak menentu
  • keliru
  • memencilkan diri
Bagaimana anda boleh menghalang penderaan seks atau serangan seks?
  • Berhati-hati dalam memilih kawan
  • Jangan keterlaluan dalam kelakuan dan cara berpakaian
  • membezakan antara sentuhan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan 
  • Memberitahu ibu bapa kemana anda pergi dan dengan siapa

Contoh penderaan seksual

Video sentuhan selamat dan tidak selamat


Cara Mengatasi Penderaan Kanak-Kanak
  • Ibu bapa atau pengasuh perlu menghadiri kelas bimbingan dan kaunseling. Dalam hal ini, pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.
  • Peranan masyarakat amat signifikan dalam usaha membendung masalah penderaan kanak-kanak daripada teruds menular. Masyarakat haruslah membuang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan usahlah mementingkan diri sendiri. Masyarakat patutlah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
  • Mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen seperti ini penting bagi golongan yang sudah berkeluarga tetapi tidak kurang penting juga bagi golongan remaja.

Kesimpulan
Kesimpulannya, penderaan terhadap kanak-kanak merupakan perbuatan yang cukup keji terutama di sisi agama Islam. Hal ini seolah-olah ingin menjahanamkan aset sesebuah negara kerana anak-anaklah yang akan mewarisi sesebuah ekonomi negara. Anak-anak juga merupakan anugerah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam menjaga amanah Allah. Anak-anak seumpama kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan mereka sehingga mereka meningkat dewasa. Jika mereka diperlakukan dengan perbuatan yang agresif pada usia mereka masih kecil, tidak mustahil mereka akan bertindak lebih agresif pada masa akan datang. Hargailah anak-anak dan jangan sakiti mereka kerana ia tidak akan menguntungkan kepada mana-mana pihak malah ia akan memberikan kesan yang buruk pada masa yang akan datang.


SEKIAN TERIMA KASIH


PENDERAAN

JENIS-JENIS PENDERAAN

Hai selamat datang Apa itu Penderaan  ? Kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang yang bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akt...